Thursday, March 31, 2011

mengantuk tahap melampau!

malas bangun tidur....rasa mau terus tarik selimut dan bergolek-golek lagi...

sampai opis mata masih mau terpejam....oh...dasyat sungguh penangan mengantuk hari ni...nasib baik keje banyak...kalau tak mau jugak melelapkan mata barang 10 minit...huhuhuhu...tak kesampaian...berangan je la...

bercita-cita nak menyampaikan hajat tidur tu waktu rehat, sekali meeting la pulak...haish!terencat seyh!abes dah la lambat...kelaparan lagi...huhuhu...memang serius terencat!terbantut niat nak tidur...waaaaaaaa!!!!mencinye!

tak sabar menantikan waktu pulang...mau tidur...huhuhu...cepatla wahai jam.zzzzz....zzzzzzzz...zzzzz...

cinta tak semestinya bersatu walaupon hati sama-sama suka

 dulu, dialognya begini...

"i love u...."
"i love u 2..."
"i love u 2,3,4,5,6,7,8,9,10....."
(amboi...bahagia sangat la tu konon...x nampak dah orang lain kat sebelah menyebelah...)


kini dialognya telah berubah...

"kita stop kat sini je la....org rasa org x boleh nak teruskan lagi"
"awak dah betul² xnak org lagi ke?"
"org sayang awak...tapi org x boleh laaaa...." 
(sambil menangis teresak²...huh!nanges konon!)


cinta boleh diungkap...ungkaplah seberapa banyak pon yang kamu mahu...tapi ketentuan penghujung kisah cinta itu bukan di tangan kita...


hanya waktu yang dapat mengubati kesakitan akibat pengakhiran kisah cinta yang menyedihkan itu..bersabarlah....

cr: awak sayang saya...saya sayang awak...tapi kalau dah ditakdirkan bukan itu jodoh kita....redhalah...

Wednesday, March 30, 2011

kera sumbang?i ok je....tak kacau orang kot!

bercampur dengan ramai orang tu x salah....elok la tu...meramaikan kawan.takde la orang nak kata kita ni kera sumbang kan.berkawan tu boleh menghilangkan stress.betul ke?betul la kot...hehehe...

tapi yang menyampahnye bila dah dok beramai-ramai tu...buat apa?bergosip tak sudah...(dalam erti kata lain...mengumpat la tu...)haish!sikit-sikit dah le....tak payah nak lebih-lebih sangat la kot.

dulu...diulangi...dulu ye...ketika zaman muda remaja (sekarang dah tua) i juga berada di kalangan kakak-kakak dan makcik-makcik yang suka bergosip tersebut...huhuhuhu...banyaknye dosa...tapi sekarang ni dah insaf ok.tak buat lagi dah kerja-kerja bergosip tu...(nampak sangat menipunye) masih buat...tapi dah kurang le aktiviti tu....bergosip pada yang perlu je dah le...itu pon sikit-sikit je kot...

biar la orang kata i ni kera sumbang.dari melayankan gosip-gosip yang takde pekdahnye tu...pastu nak mendengarkan ayat-ayat yang sangat pedas dan tajam.hish...tak sanggup ok!bergosip la korang sama-sama korang je.i tak kesah...

Friday, March 25, 2011

berhenti!patah balik dan mulakan kembali....

bila buat salah....berhenti dari meneruskan kesalahan itu, patah balik dan mulakan kembali segalanya dengan cara yang betul.elakkan kesilapan yang sama.perbaiki kesilapan tersebut.

cubaan untuk membetulkan kesilapan tak semudah manusia di sekeliling berkata-kata.tak kena kat batang hidung sendiri kan...boleh la cakap.kalau kena, rasa la pulak.betapa payahnya untuk berhenti dan berpatah balik.


Thursday, March 24, 2011

malu bertanya sesat jalan tapi sesat itu satu pengalaman

orang kata
"malu bertanya sesat jalan"
betul la tu...sapa suruh tak tanya kan?
kan dah...tak pasal-pasal sesat barat....

tapi
i suka kalau sesat barat pon....hehehehe....
kenapa?
sebab kesesatan itu memberikan i pengajaran dan pengalaman...
nak-nak kalau kat KL ni kan.
sesat tu satu perkara yang menyeronokkan
boleh tau banyak jalan lain...
takde la asyek dengan jalan yang sama je hari-hari kan?
boleh tau banyak jalan pintas..."short cut" kata orang puteh...

tak la nanti orang kata dah bertahun duduk KL nak pegi KLCC pon tak tau...
erkkk...perlu ke?
jem kot...dah la parking mahal...huhuhu...
naik LRT sudah!
nak sesat pon biar kat tempat lain...hahahaha...

marah...marah...marah....

apa u ols semua akan buat kalau rasa marah?

kalau i....duduk je diam-diam....tiba-tiba jadi bisu kan...hilang selera nak bercakap.huh!menyampah!nak-nak kalau orang yang buat i marah tu ada depan mata....heeeee.....menyirap-nyirap rasa.minum air sirap pon belum tentu nyaman rasanya.huhuhuhu....

macam-macam cara boleh dilakukan untuk lepaskan kemarahan.ada yang pegi amek air semayang...ada yang main pukul belasah je....sakit dowh!ada yang lepas jerit je...sampai nak terkeluar anak tekak tu...hish...giler dasyat!ada yang menangis...perempuan la selalunye tu.kikikiki...ada yang baling-baling barang....hahahaha...dulu i macam ni...habis jahanam harta pusaka benda.menyesal padan muka i...hahahaha....

bila usia semakin bertambah ni.perasaan nak melempar barang tu dah kurang....ada jugak rasa nak melempar tu.tapi sebelum lempar tu kena fikir dalam-dalam dulu...hahaha...kalau tak nanti menyesal padan muka...jadi sebagai penyelesaiannya, i duduk je diam-diam membisukan diri.lantak kau la nak cakap ape pon.pegi la cakap sorang-sorang.mampos tak layan! :p

tak sehat....huhuhu

start balik keje petang semalam tekak dah rasa perit,kepala pon dah mula berdenyut-denyut.oh tidak....jangan la dilanda masalah kesihatan.mak jauh...sapa nak jaga kalau i sakit nanti...?huhuhuhu...(ayat mintak simpati...blah la...ada ke orang nak kesian?wekkkk!)

selera makan pon dah mula mengada-ngada.rasa macam nak makan twister kfc tu.sekali pegi dah takde la pulak.haish!dah ganti ngan pocket.ok...tekak tak boleh menerima pocket.jadi beli cheezy wedges je la.sangat mengada ok....balik rumah makan sikit je.huh!membazir je.

tidur pon dah mula terganggu.kejap-kejap terjaga.huhuhu...tekak pon dah makin perit.huhuhu...(lagi) kalau ikutkan rasa hati yang mengada ni, malas nak pegi keje...tapi ikutkan hati yang masih waras ni rasa macam rugi pulak kalau tak pegi keje...jadi keputusannye, sekarang i berada di pejabat.bagus kan? (sangat perasan ok)

harap-harap mampu bertahan sampai ke petang.kepala dah rasa makin berat ni.bertahan lah cik riza!

cr: masa sakit perasaan untuk merapu sangat lah membuak-buak...

Tuesday, March 22, 2011

fungsi seorang kawan

fungsi seorang kawan kepada kita:

sebagai peneman diri...
takde la orang kata kita ni kera sumbang...ye tak?

sebagai pendengar....
kaunter aduan bagi segala masalah kita
juga
mendengar segala kegembiraan kita

sebagai penyandar...
tempat letak kepala kita di saat keletihan

sebagai penyokong...
menahan kita dari jatuh tersungkur

sebagai panduan...
kompas untuk mengelakkan kita dari terus tersesat

sebagai tukang tegur...
membebel di saat kita melakukan kesilapan

sebagai tempat berkongsi segala rasa...

tapi kadang-kadang...ada juga yang menggunakan status 'kawan' itu sebagai alat untuk dipergunakan.memandang 'kawan' tersebut hanya di saat memerlukan.menggunakan 'kawan' tersebut hanya untuk kepentingan sendiri.bila senang...'kawan' tersebut dibiarkan terkontang kanting.'kawan' tersebut hanya di cari di saat susah....kesian 'kawan' tu kan?

setiap orang ada kelebihan dan kekurang masing-masing.belajarlah untuk menerima kelebihan dan kekurangan tersebut kerana masing-masing mempunyai perasaan.

Tuesday, March 15, 2011

peralihan kuasa...merenyahkan!

bos lame dah pencen...masa takde tu sebok menunggu kehadiran bos baru....bila dah sampai ni...mula la menyesal tak sudah...hahahaha...hambek kau!rasakan.... :p

berlaku peralihan kuasa dan corak pemerintahan yang sangat berbeza.letih mak!segala-galanya nak ditukar.semuanyanya nak di print out.heh!opis lama kamu tu tak amalkan perbelanjaan berhemah ke?sekarang semua pakai email je...semua masuk sistem,tak main dah print² ni.mengabiskan kertas je lah!

menukarkan cara bekerja kepada sesuatu yang lebih teratur tu memang la baik.tapi jangan tukar segala-galanya sekaligus.tak leh terima kepala otak i ni lah!mana satu ntah nak dibuat.belum habis satu kerja dah suruh buat yang lain.hey!i ada dua kaki dan dua tangan je tau!huhuhuhu...kesian la sikit... :(

Thursday, March 10, 2011

saman....sudah bayar kah?

hari ni hari terakhir untuk orang ramai menjelaskan saman trafik mereka.u ols macam mana?dah bayar ke belum?tengok dalam berita tadi berpusu-pusu manusia kat balai trafik nak menyelesaikan saman yang tak berbayar tu.hmmmm...kenapa nak tunggu saat akhir baru sibuk nak membayar?

setelah dibincangkan permasalahan ini bersama S (bukan nama sebenar) kesimpulan yang dapat disimpulkan di sini adalah:
  • belum ada duit nak bayar saman ~ bukan semua orang bernasib baik dari segi kewangan
  • duit yang ada digunakan untuk tujuan yang lebih mustahak ~ masa berduit tu ramai pulak yang mengendeng...macam tau-tau jek....
  • perasan baik...konon-konon tak pernah buat kesalahan trafik ~ anda pasti?
  • surat saman tak pernah sampai ke rumah jadi diandaikan sebagai tiada saman  ~ salah siape tu...?
  • memang tak nak bayar sebab bukan sendiri yang buat salah ~ lain kali jangan bagi pinjam kenderaan sendiri pada mat rempit atau kaki rembat atau orang yang memang suka langgar peraturan
 ok...itu je la yang dapat disimpulkan dan tersimpul.kalau rasa tak nak bayar,jangan buat salah.buat apa membazirkan duit untuk bayar saman...rugi jek.baik duit tu dibelanjakan ke arah lain.bawak-bawak banyakkan sabar bila berada di atas jalan raya.kalau semua memandu secara berhemah,takde la yang kena saman kan?

cr: peringatan untuk diri sendir sebab sangat tidak sabar di jalan raya.haish!bila la nak berubah ni...?

mengharapkan orang hormat kita...tapi kita....?

bila kita berurusan dengan orang,pastinya kita mengharapkan penghormatan dan penerimaan yang baik².betul tak?penghormatan di sini bukan la bermaksud sampai kita perlu terlalu taksub dengan orang tersebut.tapi,biar la berpada².cara kita berkomunikasi dengan orang tersebut,biarlah dengan cara yang sopan.baru la orang boleh bersopan dan hormat juga pada kita.

i menyampah betul kalau kita elok² tengah cakap...nak menerangkan cerita yang susah nak difahamkan,tiba² ada yang mencelah.tak ke KURANG AJAR namanya tu?haish!menyampah sungguh la!kot ye pon nak bercakap,bagi la peluang orang tu abiskan ayat² terakhir dia.ni pakai terjah je.pastu bila orang mencelah balik reti pulak cakap "tunggu la saya habis cakap dulu!" hek kau!reti pulak naik angin.masa ko mencelah cakap orang tu tak fikir ke orang punye angin?

belajar² sikit hormatkan orang lain kalau nak diri tu dihormati.jangan marah la bila orang lain main langgar je...sapa yang ajar?kau la yang ajarnye...rasakan la...kepimpinan melalui tauladan kan...?macam tu la...

Wednesday, March 9, 2011

mula kembali

setelah lama bercuti dari menulis...
selepas mendapat sedikit ketenangan...
akan kembali menulis...
masa untuk ber'huha' telah tiba...
yeeeeha!

permulaan yang baik di pagi rabu ni,rasanya mau membersihkan mana² kekotoran yang ada dulu.heheheeh....kemudian mau melawat kengkawan.dah lama tak menjenguk mereka²...kerinduan...huhuhuu...selesai semua urusan, akan diteruskan dengan acara merapu meraban di sini...hehehe...tunggguuuu!!!!

Tuesday, March 1, 2011

berdiam diri atau bersuara?

dilanda masalah emosi...mau luah dan cerita di sini, tapi rasa macam tak patut la pulak.tak perlu terlalu mendedahkan cerita peribadi kepada umum...siapa yang nak baca pon kan?meluat lagi adalah.

memerlukan masa dan ruang untuk mendapatkan sedikit ketenangan.mencari jawapan pada persoalan yang tak pernah habis menerjah di benak fikiran.semoga ketenangan itu ditemui.semoga segala persoalan itu akan terjawab.

berdiam diri tak akan menyelesaikan masalah.bersuara juga tidak akan menemukan jawapan.

bersujudlah mengadap pencipta.memohon dileraikan segala kekusutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...