Monday, January 31, 2011

Insya'Allah

jom layan lagu Maher Zain ni dalam versi melayu...
sebutannya sangatlah kemelayuan...
terbaekkk!


ahad punya citer

pagi semalam pegi kelas...
awal² pagi lagi hujan dah mencurah² membasahi bumi Allah...Alhamdulillah...

tengahari balik dari kelas...
hujan masih lagi tak berhenti...makin lebat ada la...
oh...harus berhati² semasa memandu...

sebelum sampai rumah kepala ligat memikirkan apa nak di makan...
fikir punya fikir punya fikir...
ting!
Mc Donald sudah la....
hujan² ni tak berapa nak rajin untuk membasahkan diri keluar dari kereta semata² nak isi perut...
pandu lalu...cepat dan tak basah...

sampai di rumah...
makan² dulu...dah kenyang mata pon berat...
apa lagi...zzzzzzzzz.....
best woooo layan mata time² ujan ni...
heheheh...

itu je citer pasal semalam...
motipnye nak citer pasal ujan yang tak benti² tu...
dan dengar citernya,berberapa tempat di Johor dah mula dinaiki air...

sekian.

Friday, January 28, 2011

jumaat...yeay!

ok...meroyan sudah i ni.hukhukhuk....apakah maknanya itu?

ok,hari ni jumaat.esok sabtu pastu ahad....maknanya dua hari tersebut cuti!yeay!!!itu la pasalnya.cuti la sangat riza oi!sila sedar diri ada kelas ye.jangan gatal² nak ponteng.erkkkk...pengsan!

Thursday, January 27, 2011

kena tag

balik dari lunch tadi bukak blog nampak pesanan penaja kat shoutbox."anda di tag".erkkk...apakah?first time kena tag nih.teruja lak rasa.hehehe...

balik nanti mau cari pic yang menepati criteria² contest tersebut.encik indra...nanti dah siap i bagitau ye...hehehe...tunggguuuuu....

semalam cuti...yeay!

disebabkan tahap tekanan kerja yang sangat menekan, di tambah pulak dengan cuti raya cina i yang tak lulus tu...semalam melancarkan misi mogok.i EL semalam.hahaha...puas ati sebab tak payah datang keje.

saja je sebenarnya.nak rasa bermalas malasan di hari bekerja.hehehe...best jugak.lepak² kat umah...jalan² di shopping complex.huhuhu...sangat la seronoknye.try la buat kalau tak caye...(cubaan menghasut ni...)

hari ni masuk kerja macam biasa.nak mogok pon biar beragak la kan.sekali sekala boleh le.kalau selalu kang tak pasal² kena cop pemalas pulak kan.taknak la camtu.hehehe...

minggu depan raya cina.selamat bercuti la pada sapa² yang dapat cuti tu...(mode tak puas hati+jeles)takde ke sapa² nak hantar limau kat i?

Tuesday, January 25, 2011

putus?tak heran lah!

pagi² lagi dah baca gosip pasal minah kontroversi nih.putus la pulak ngan kekasih hatinya tu.hmmmm....dah takde jodoh la tu.apa lagi nak cakap kan?kalau ada jodohnya takde la putus.ye tak?


semoga berbahagia dengan kehidupan mereka di masa hadapan

story mory: tak heran dengan kisah percintaan artis.kebanyakkannya memang begitu.trend agaknya ye?

lemah!

hari ni perasaan i lemah sekali.rasa seperti mahu mencari bahu untuk tumpang bersandar.ada yang sudi tumpangkan bahunya untuk i tak?seriously....terasa sangat lemah di saat ini.


tiada perasaan mahu meneruskan kerja.putus harapan.kecewa.pertama kali dalam hidup terasa seperti mahu berhenti kerja.owh!sadis sekali perasaan ini.


Monday, January 24, 2011

isnin lagi

pagi² dah ada yang mengusutkan kepala otak i lah!
baru la nak rasa tenang sikit...
dah ada yang kacau...
bikin panasssssss betul!

Ya Allah...kuatkanlah semangat aku untuk bekerja hari ini....

Friday, January 21, 2011

20.01.2011

salam jumaat u ols!salam thaipusam juga pada yang menyambutnya semalam.

semalam i berpoya² bersama teman² ke PD.eh...ekceli tak sampai PD pon.pegi rumah makcik member i tu je...terletak dalam daerah PD.pegi lepak²,gosip²,makan² sambil antar tempahan baju.9 pasang i antar semalam.tak beragak ye...hohoho...biarkan,janji i puas.tak lama lagi dapat pakai baju baru.yehaaaa!

gerak dari rumah i dalam pukul 7.15a.m,sampai rumah member i tu kat PJ dalam 7.50a.m then terus gerak.awal giler tau tak?orang lain elok bersenang lenang atas katil bawah selimut bagai,i dah kena keluar rumah.huhuhu...sangat la jelesnye.ni gara² member tu la...nak mengelakkan kereta yang banyak atas jalan raya kononnye.haish!sangat la tak menikmati hari cuti semalam.huhuhu...

tapi ok la,dah sampai sana makcik dia masakkan we all nasi ujan panas.boleh kena demam panas gitu!ahaks!sesi makan² sambil lepak² dan gosip² diteruskan sampai ke petang.giler banyak citer!kalau tak mengenangkan hari ni keje mau sambung gosip² sampai ke malam tu.wah!melampau ok!

sampai rumah terus tumbang!ketiduran sampai ke pagi tadi.marah ke?huhuhu....

Wednesday, January 19, 2011

meningkatkan kesabaran

sapa rasa diri dia tu jenis yang kurang sabar?sila angkat tangan.adeh...kalau ada yang angkat pon i bukan nampak.sila abaikan je.mengaku sendiri² sudah.i juga berada di dalam kategori tersebut.sangat la kurang tahap kesabaran i ni haa.camne nak buat tu?

i merasa sangat kagum melihat orang² yang boleh melakukan tugasan di bawah tekanan dengan sangat tenang dan sabar,walaupon di dalam hatinya itu menyumpah² (mungkin la kot).mungkin jugak memang ada yang tenang sejak azali.redha menerima segala tekanan ke atas dirinya.

persoalannya di sini...bagaimana mahu menjadi orang yang mampu mengawal perasaan melakukan sesuatu di bawah tekanan?menunjukkan muka manis sambil meneruskan tugasan.ada petua tak?cubaan menjadi seorang yang penyabar mungkin patut dimasukkan dalam senarai azam 2011 kot.

nota kaki: itu bab kerja...bab² lain tak masuk lagi.oh...patut selesaikan satu persatu

umi faula

jeng...jeng...jeng...baru lepas meng'add' seorang kenalan di FB dan tiba² teringatkan seseorang.really miss her

i dah cuba cari dia sejak zaman friendster lagi sampai ke fb ni ha masih lagi belum berjumpa.i dah try tanya pada member² yang kenal dia,pon tak tahu ke mana dia.oh...sedeynye rasa hati.

ekceli dia tu kakak angkat i masa zaman sekolah menengah dulu.biasa la,i kan comel.owh...sangat la perasannye.huhuhu...perasaan ada kakak?mesti la seronok.sebab i memang takde kakak pon.tiba² ada kakak tempat i nak ngada².mesti la best.hehehe...

habis pmr i pindah sekolah.awal² tu contact lagi.tapi dah lama² tu terus senyap.maklum le,masa tu mana pakai handphone lagi...pakai surat je.rajin la sangat nak menulis kan walaupon cerita banyak.

ada sapa² kenal ngan kakak i tu tak?nama dia umi faula.sekali dia ada blog jugak dan baca citer i ni...hehehe...sis,i miss u...

Tuesday, January 18, 2011

yang baik² saja

nak citer yang baik² aje?
kalau tak baik macam mana?
tak nak ambik tau ke?
aduh....sila la ambik tau pada hal² yang kurang baik juga.

Friday, January 14, 2011

bukan siapa2

kita seringkali merasakan diri kita bagus dan memandang rendah keupayaan orang lain
kita seringkali merasakan diri kita bijak dengan dengan memperlekehkan pemikiran orang lain
kita seringkali merasakan diri kita cantik dengan memandang sinis kecantikan orang lain

siapa kita untuk menilai orang lain?

kalau bagus,jangan rendahkan orang lain
kalau bijak,jangan perlekehkan orang lain
kalau cantik,jangan memmandang sinis orang lain

setiap apa yang dimiliki itu anugerah dari Pencipta
bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan
jangan terlalu menilai orang lain
kerana kita bukan siapa2

cuti beramai²...satu kesalahan besarkah?

31/01/2011 : isnin
01/02/2011 : selasa ~ cuti hari wilayah
02/02/2011 : rabu
03/02/2011 : khamis ~ cuti raya cina
04/02/2011 : jumaat ~ cuti raya cina

i apply cuti untuk isnin dengan rabu.2 hari je kot.itu pon tak lepas.huhuhu...sedey sungguh rasa hatiku ini.i apply sejak penghujung bulan 12 2010 lagi.aci tak camtu?punya la awal hantar borang,merancang cuti la kononnye.sekali tak lulus.hahaha...padan muka i.

yang jadi masalahnya,ada 2 orang dari unit i yang apply cuti untuk hari yang sama.ala,sebelum² ni lepas je.bukan ada apa sangat kot.awal bulan pon.lagipon ada sorang lagi yang boleh cover.ishhhh....tak puas hati tol lah.alasan takut ada kerja tak siap.wekkk!!tak boleh diterima pakai langsung!

itu je peluang i nak cuti panjang².nak balik kampung.jumpa mak ayah... ( wat ayat sedey...kesian tak...? ) ye la.lepas ni hujung minggu i penuh dengan kelas jek.bila masanye nak balik kampung lagi?hmmm...

kalau tepon ayah suruh datang sini aci tak? ( pengsan kalau ayah nak... ) nak pulak dia tinggalkan kebun dia tu?

encik bos...i nak cuti la...i mintak cara baik ni.nape tak bagi?u nak suruh i ponteng ke?

Thursday, January 13, 2011

khurafat...sumpah takkan tengok...

ada 2,3 member post status di FB mengenai filem khurafat.bagi i,walau sehebat mana pon filem tersebut,kalau namanya citer seram....sorry...i memang takkan tengok.hehehe...jantung i tak cukup kuat nak menahan debaraan setiap kali ada wajah2 pelik yang muncul di skrin secara tiba2.lemah semangat i.

bagi sesiapa yang berminat,boleh la pergi tengok.selamat menonton la ye.


p/s: kononnye nak letak poster khurafat tu..sekali cari kat google...ok,tak mungkin i letak pic tersebut.mau mengigau malam ni kalau letak.

kunci rumah hilang...oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

petang semalam balik dari kerja baru perasan,kunci rumah takde dalam beg.oh no!mana pulak la perginya kunci rumah i tu...?huhuhu...terpaksa la menyusahkan orang lain yang menyimpan kunci spare tunggu depan rumah.hahaha...sorry ye! (sambil buat muka tak bersalah)

sampai rumah teruskan pencarian dalam kereta.erkkk...masih jugak tak jumpa.aduh!gawat nih.fikir punya fikir punya fikir....buntu. "mungkin kat opis kot..." sesi menyedapkan hati sendiri.

pagi tadi sampai opis menyelongkar setiap tingkat laci.masih tak jumpa.hohoho...mana kunci rumah i?mana...?mana...?????????????????????ni yang rasa nak jerit kuat² ni...dengan harapan kunci² itu akan terbang kembali kepada i.boleh ke?

misi hari ni,menukar segala mangga dan tombol pintu yang baru.huh!menyusahkan betul la.cuai lagi.padan muka i.hmmm...


Wednesday, January 12, 2011

ke mana menghilangnya perasaan itu?

pernah tak u ols rasa yang pasangan u ols sedang melakukan sesuatu di belakang u ols?seperti sedang bermain cinta dengan orang lain atau melakukan sesuatu perkara yang u ols tak suka dia buat.

hmmm...ok,i sedang merasakan itu.huh!macam mana nak elak dari perasaan sebegini ye?malas la nak pening²kan kepala dengan hal² remeh macam ni.nanti orang kata macam budak² pulak.

kepada si dia "sila tinggalkan i kalau dah tak suka ok!tak payah malu² nak berterus terang.i tak kisah pon..."

pagi² dah kena kacau

masa tengah jalan terkedek² menuju ke pejabat pagi tadi,takde la awal sangat pon.dah pukul 7.20...cerah dah.ada 2 mamat jalan kat depan.tengok gaya macam tak berapa nak ok jek.dengan bersubangnye...selekehnye...weee...berdebar² i jalan kat belakang diorang tu.

sekali sorang tu toleh belakang.erkkk...gelabah giler!tengok semacam jek.siap tegur² lagi.."nak pegi mane...?" "study eh...?" "nak temankan boley...?" "comel la akak ni...." " sombong la dia ni..." waaaaaaa!takutnye...huhuhu...dan² tu jugak rasa nak nangis dan patah balik rumah.

sangat takut ok.walaupun bukan kat tempat sunyi.silap² kena raba kat situ.mampus!huhuhu...kena rompak ke...orang² yang dalam kereta kat jalan tu belum tentu lagi nak tolong kan.huhuhu...sangat takut la.esok nak bawak kereta pegi keje boleh?terus parking sampai depan opis.

Tuesday, January 11, 2011

kongsi kongsi

i nak tanya sikit la.pada u ols especially yang bujang2 tu kan.selalunya kalau malam2 hari,lepas u ols balik dari kerja,apa yang u ols buat?hmmm...cuba kongsi2 sikit...nak tau jugak apa aktiviti u ols tu kan.

seronoknye bila impian itu tercapai

tengah dok lepak2 ni tiba2 i teringat kisah masa mengikuti kursus BTN lebih kurang 2 tahun yang lalu.teringat pada 1 sesi di mana fasilitator kumpulan i tu bertanya azam setiap orang di dalam kumpulan i tu.walaupon masa tu bukan la awal tahun pon.(azam tak perlu tunggu nak masuk tahun baru je kot)

azam i masa tu ada 2 je.nak sambung belajar ngan nak dapatkan lesen kereta.hehehe...orang lain masa sekolah ataupon abes sekolah dah boleh dapat lesen.ok,family i tak la sesenang itu.ayah suruh i usaha dapatkan lesen tu dengan duit sendiri.tu pasal la lambat dapat lesen.huhuhu...

dan awal tahun lepas,i berjaya dapatkan lesen 'P' i.hehehe...berjaya jugak akhirnye.dan penghujung tahun lalu juga i berjaya dapat tawaran sambung belajar.huh!1 pencapaian yang membanggakan.hmmm...mungkin orang lain tak heran pon.tapi i bangga dengan pencapaian i tu.walaupon lewat.berjaya jugak i laksanakan azam i tu.

untuk azam seterusnya.masih belum terfikir lagi.

Sunday, January 9, 2011

keputusan AJL 25

persembahan terbaik:
Faizal Tahir
Hanyut

vokal terbaik:
Hafiz
Noktah Cinta

tempat pertama:
Ana Rafali
Tolong Ingatkan Aku

tempat ke-2:
Meet Uncle Hussein 7 Black
Drama king

tempat ke-3:
Hafiz
Noktah Cinta

tahniah kepada para pemenang

mengata dulang paku serpih

membaca status kawan2 di fb mengenai AJL ke 25 kali ni.hmmm...macam2 komen.ada yang suka ada yang tak suka.terpulang la,pilihan dan citarasa masing2 kan.

tertarik dengan 1 status mengenai FT.status itu mendapat komen dari temannya yang tidak menyukai tindakan FT di atas pentas semasa mempersembahkan lagu selamat malam.katanya FT sesuka hati memegang perut bini orang,memeluk bini orang.i cuma tersenyum membaca komen2 tersebut.

tidakkah dia sedar perkara itu juga terjadi kepada dirinya?hanya kerana kamu bukan artis,maka tiada siapa yang ambil peduli untuk memperkatakannya.hmmm...fikir2kan lah.memang tiada manusia yang sempurna,tapi sebelum menilai orang lain,sila teliti diri sendiri dulu.

rindu rinduan

rindu siapa?hehehe...i la,rindu u ols semua.dah lama sangat tak menjenguk ke dunia blog ni.hmmm...banyak sangat tanggungjawab yang perlu diselesaikan.blog ni sekadar aktiviti sampingan.jadi terpaksa la i melupaka dia seketika.tapi sekarang i dah kembali!hehehe...

hari minggu ni u ols buat apa?i lepak kat rumah je.malas nak keluar sebab semalam dah seharian di luar rumah.penat!hari ni mau lepak2 dan menyelesaikan urusan2 di rumah la pulak kan.malam ni jom pakat ramai2 layan AJL.

Monday, January 3, 2011

selamat datang 2011

selamat tahun baru!tahun arnab kalau ikut kalendar cina.kalendar lain i tak tau.huhuhu...selalunya kalau awal² tahun macam ni,semua orang cerita pasal azam.dah tercapai ke azam 2010 u ols?i punya ada yang dah tercapai,ada yang baru separuh jalan,ada jugak yang tak tercapai langsung.aduh...

bagi yang dah tercapai tu,Alhamdulillah la kan.dah boleh mula azam baru.bagi yang separuh jalan dan belum tercapai tu,harus la diteruskan.takkan la nak berhenti setengah jalan pulak kan?alang² dah berazam tu,usahakan la sampai berjaya.betul tak?

azam i tahu ni cuma nak selesaikan mana² yang belum selesai tu je.kalau dah selesai nanti baru boleh fikir azam baru.sebenarnya azam tu tak payah nak tunggu tahun baru kot.bila² pun boleh.yang penting semangat nak mencapai azam tu.

apa² pon,selamat tahun baru 2011 untuk u ols semua.semoga tahun baru ni memberikan kegembiraan dan kejayaan kepada kita semua.

monday blues melanda

isnin datang lagi!dan hari ni mood tak berapa nak bersemangat.huhuhu...kepanatan semalam belum hilang lagi.puas berjalan seharian bagi sesi menghabiskan duit.yehaaa!

sesi pendaftaran telah selesai.kini masa untuk menyediakan mental dan fizikal menghadapi sesi pembelajaran.terpaksa mengurangkan sesi berseronok².huhuhu....

ok lah,mau jalan² dulu.dah berapa hari i tinggalkan blog ni.kejap lagi baru update cerita ye.nak mengemas² dulu.daaaa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...