Sunday, February 20, 2011

penyelenggaraan

blog cik riza dalam proses penyelenggaraan.cuba untuk menukar wajah supaya menjadi lebih cantik menarik tertarik kau memang da boom!buat masa sekarang ni i rasa selesa dengan hijau.tapi masih memerlukan sedikit perubahan lagi.disebabkan tahap kelajuan line tenet kat rumah ni tak berapa memberangsangkan,i stop kat sini dulu.esok sambung balik.

masa untuk beradu.esok mau kerja.harap-harap esok akan ke pejabat dengan penuh semangat.selamat malam semua.semoga mimpi yang indah-indah ok.

berjiran katanya

orang kata.....hidup berjiran kena la saling hornat menghormati...bertolak ansur...tolong menolong...tegur menegur...betul ke...?dalam kehidupan sekarang ni,lebih-lebih lagi bandar besar macam KL ni...ada lagi ke semangat kejiranan yang macam tu...?ada ke?

kalau rumah bertingkat-tingkat...keluar rumah sebelum terbit matahari...balik pulak selepas terbenam matahari...macam mana nak kenal jiran?hmmm....memang tak kenal le jawabnye....

kat sini bukan la nak citer pasal kenal jiran ke tak...i memang tak kenal pon jiran-jiran i.sadis tak?jiran-jiran i ramai bukan melayu.jadi masing-masing buat hal sendiri je.memang tak toleh kiri kanan dah.kalau kenal pon,sama-sama diorang je la.

masalah yang timbul kat sini sekarang ni,kisah hormat menghormati dan bertolak ansur.jiran sebelah rumah i ni sangat lah menjengkelkan.tak kenal tu satu hal la kan,masalah perangai tu...menyakitkan hati betul.kalau nak keluar rumah ke...masuk rumah ke...tak reti la nak bukak pagar tu baik-baik.main langgar je dengan motor dia tu.haish!tau la pagar tu kukuh...tapi tak payah la nak langgar-langgar bagai.tak boleh ke tolak elok-elok?

setiap hari menahan telinga dengar pintu pagar dia kena langgar.kesian kat pagar tu.kesian jugak la kat telinga i ni ha.gangguan!tak reti fikir ke orang sebelah menyebelah ni?nak kata tak boleh fikir...dah besar panjang...bukan budak sekolah lagi...

sebenarnya masalah ni takde la besar mana pon...tapi....haaaa.....ada tapinye....kalau setiap hari macam tu..boleh ke tahan?kalau hari bekerja mungkin la kurang sikit kot gangguan tu.kalau hari cuti...yang seharian duduk kat rumah ni....memendam rasa je la melayan bunyi pintu pagar kena langgar tu.huh!

cr: entri ni agak beremosi,sebab baru je lepas menadah telinga mendengar bunyi tersebut.haish!

pertaruhan

melangkah ke jinjang pelamin bersama orang yang kita sayang bukanlah satu jaminan yang kita akan berbahagia bersamanya sehingga ke akhir hayat.menyulam kasih bersama-sama selama bertahun-tahun,dan di akhiri dengan ikatan perkahwinan...alangkah bahagianya rasa di hati...

di tengah-tengah perjalanan,bahtera yang dilayari dipukul ombak.kuatkah kita untuk bertahan?jika mampu,selama mana pula daya ketahanan kita itu?bilakah ombak tersebut akan berhenti memukul bahtera rumahtangga kita?

bagi yang berjaya meneruskan pelayaran bahtera mereka...Alhamdulillah...tetapi bagi mereka yang terkandas di pertengahan perjalanan...semoga tabah menghadapi dugaan.

cr: post ini ditulis selepas berbual dengan seorang teman yang terkandas di tengah jalan.pertaruhannya bersama pilihan hatinya tidak berjaya.semoga dia bersabar dan tabah menghadapi dugaan dariNYA itu.

cr: adat pertaruhan....samada berjaya atau tewas...

marry you

glee...antara rancangan yang i minat.segala cerita drama atau filem berunsurkan muzikal adalah sesuatu yang diminati.menghiburkan...sambil tengok cerita kita boleh nyanyi-nyanyi...lalalalalallala....

ini antara lagu yang i minat.i mengulang dengar lagu ni sepanjang hari di pejabat...setiap hari...orang lain bosan?lantak le...janji i suke...hehehe...bukan pasang kuat-kuat pon...cukup setakat telinga i je yang dengar...

jom layan...

hidup pura-pura

tak letih ke...?cuba menjadi orang lain...untuk apa?tak letih ke bila hidup dalam kepura-puraan...?hidup cuba mendapatkan sesuatu tapi bukan dengan cara yang tersendiri...semuanya pura-pura....

tak salah kalau cuba mengubah kehidupan menjadi lebih baik.tapi biarlah dengan cara kita sendiri.diri kita...bukan dengan menjadi orang lain.

belajar menerima kekurangan diri...dan cuba untuk perbaiki kekurangan tersebut.bukan melarikan diri dan mengelak.kalau macam tu,sampai bila nak hidup dalam bayang2 kekurangan sendiri?

belajar menjadi seorang yang redha...menerima kekurangan diri...dan perbaikinya...

cr: peringatan untuk diri sendiri....

ahad sebelum isnin

semalam ada kelas.hari ni takde kelas.esok kena masuk kerja balik...jadi hari ini adalah masanya untuk bersenang lenang di rumah.yehaaaaa!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...