orang kata.....hidup berjiran kena la saling hornat menghormati...bertolak ansur...tolong menolong...tegur menegur...betul ke...?dalam kehidupan sekarang ni,lebih-lebih lagi bandar besar macam KL ni...ada lagi ke semangat kejiranan yang macam tu...?ada ke?
kalau rumah bertingkat-tingkat...keluar rumah sebelum terbit matahari...balik pulak selepas terbenam matahari...macam mana nak kenal jiran?hmmm....memang tak kenal le jawabnye....
kat sini bukan la nak citer pasal kenal jiran ke tak...i memang tak kenal pon jiran-jiran i.sadis tak?jiran-jiran i ramai bukan melayu.jadi masing-masing buat hal sendiri je.memang tak toleh kiri kanan dah.kalau kenal pon,sama-sama diorang je la.
masalah yang timbul kat sini sekarang ni,kisah hormat menghormati dan bertolak ansur.jiran sebelah rumah i ni sangat lah menjengkelkan.tak kenal tu satu hal la kan,masalah perangai tu...menyakitkan hati betul.kalau nak keluar rumah ke...masuk rumah ke...tak reti la nak bukak pagar tu baik-baik.main langgar je dengan motor dia tu.haish!tau la pagar tu kukuh...tapi tak payah la nak langgar-langgar bagai.tak boleh ke tolak elok-elok?
setiap hari menahan telinga dengar pintu pagar dia kena langgar.kesian kat pagar tu.kesian jugak la kat telinga i ni ha.gangguan!tak reti fikir ke orang sebelah menyebelah ni?nak kata tak boleh fikir...dah besar panjang...bukan budak sekolah lagi...
sebenarnya masalah ni takde la besar mana pon...tapi....haaaa.....ada tapinye....kalau setiap hari macam tu..boleh ke tahan?kalau hari bekerja mungkin la kurang sikit kot gangguan tu.kalau hari cuti...yang seharian duduk kat rumah ni....memendam rasa je la melayan bunyi pintu pagar kena langgar tu.huh!
cr: entri ni agak beremosi,sebab baru je lepas menadah telinga mendengar bunyi tersebut.haish!
No comments:
Post a Comment