sapa rasa diri dia tu jenis yang kurang sabar?sila angkat tangan.adeh...kalau ada yang angkat pon i bukan nampak.sila abaikan je.mengaku sendiri² sudah.i juga berada di dalam kategori tersebut.sangat la kurang tahap kesabaran i ni haa.camne nak buat tu?
i merasa sangat kagum melihat orang² yang boleh melakukan tugasan di bawah tekanan dengan sangat tenang dan sabar,walaupon di dalam hatinya itu menyumpah² (mungkin la kot).mungkin jugak memang ada yang tenang sejak azali.redha menerima segala tekanan ke atas dirinya.
persoalannya di sini...bagaimana mahu menjadi orang yang mampu mengawal perasaan melakukan sesuatu di bawah tekanan?menunjukkan muka manis sambil meneruskan tugasan.ada petua tak?cubaan menjadi seorang yang penyabar mungkin patut dimasukkan dalam senarai azam 2011 kot.
nota kaki: itu bab kerja...bab² lain tak masuk lagi.oh...patut selesaikan satu persatu
No comments:
Post a Comment