Tuesday, January 11, 2011

kongsi kongsi

i nak tanya sikit la.pada u ols especially yang bujang2 tu kan.selalunya kalau malam2 hari,lepas u ols balik dari kerja,apa yang u ols buat?hmmm...cuba kongsi2 sikit...nak tau jugak apa aktiviti u ols tu kan.

seronoknye bila impian itu tercapai

tengah dok lepak2 ni tiba2 i teringat kisah masa mengikuti kursus BTN lebih kurang 2 tahun yang lalu.teringat pada 1 sesi di mana fasilitator kumpulan i tu bertanya azam setiap orang di dalam kumpulan i tu.walaupon masa tu bukan la awal tahun pon.(azam tak perlu tunggu nak masuk tahun baru je kot)

azam i masa tu ada 2 je.nak sambung belajar ngan nak dapatkan lesen kereta.hehehe...orang lain masa sekolah ataupon abes sekolah dah boleh dapat lesen.ok,family i tak la sesenang itu.ayah suruh i usaha dapatkan lesen tu dengan duit sendiri.tu pasal la lambat dapat lesen.huhuhu...

dan awal tahun lepas,i berjaya dapatkan lesen 'P' i.hehehe...berjaya jugak akhirnye.dan penghujung tahun lalu juga i berjaya dapat tawaran sambung belajar.huh!1 pencapaian yang membanggakan.hmmm...mungkin orang lain tak heran pon.tapi i bangga dengan pencapaian i tu.walaupon lewat.berjaya jugak i laksanakan azam i tu.

untuk azam seterusnya.masih belum terfikir lagi.

Sunday, January 9, 2011

keputusan AJL 25

persembahan terbaik:
Faizal Tahir
Hanyut

vokal terbaik:
Hafiz
Noktah Cinta

tempat pertama:
Ana Rafali
Tolong Ingatkan Aku

tempat ke-2:
Meet Uncle Hussein 7 Black
Drama king

tempat ke-3:
Hafiz
Noktah Cinta

tahniah kepada para pemenang

mengata dulang paku serpih

membaca status kawan2 di fb mengenai AJL ke 25 kali ni.hmmm...macam2 komen.ada yang suka ada yang tak suka.terpulang la,pilihan dan citarasa masing2 kan.

tertarik dengan 1 status mengenai FT.status itu mendapat komen dari temannya yang tidak menyukai tindakan FT di atas pentas semasa mempersembahkan lagu selamat malam.katanya FT sesuka hati memegang perut bini orang,memeluk bini orang.i cuma tersenyum membaca komen2 tersebut.

tidakkah dia sedar perkara itu juga terjadi kepada dirinya?hanya kerana kamu bukan artis,maka tiada siapa yang ambil peduli untuk memperkatakannya.hmmm...fikir2kan lah.memang tiada manusia yang sempurna,tapi sebelum menilai orang lain,sila teliti diri sendiri dulu.

rindu rinduan

rindu siapa?hehehe...i la,rindu u ols semua.dah lama sangat tak menjenguk ke dunia blog ni.hmmm...banyak sangat tanggungjawab yang perlu diselesaikan.blog ni sekadar aktiviti sampingan.jadi terpaksa la i melupaka dia seketika.tapi sekarang i dah kembali!hehehe...

hari minggu ni u ols buat apa?i lepak kat rumah je.malas nak keluar sebab semalam dah seharian di luar rumah.penat!hari ni mau lepak2 dan menyelesaikan urusan2 di rumah la pulak kan.malam ni jom pakat ramai2 layan AJL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...