Wednesday, January 12, 2011

ke mana menghilangnya perasaan itu?

pernah tak u ols rasa yang pasangan u ols sedang melakukan sesuatu di belakang u ols?seperti sedang bermain cinta dengan orang lain atau melakukan sesuatu perkara yang u ols tak suka dia buat.

hmmm...ok,i sedang merasakan itu.huh!macam mana nak elak dari perasaan sebegini ye?malas la nak pening²kan kepala dengan hal² remeh macam ni.nanti orang kata macam budak² pulak.

kepada si dia "sila tinggalkan i kalau dah tak suka ok!tak payah malu² nak berterus terang.i tak kisah pon..."

pagi² dah kena kacau

masa tengah jalan terkedek² menuju ke pejabat pagi tadi,takde la awal sangat pon.dah pukul 7.20...cerah dah.ada 2 mamat jalan kat depan.tengok gaya macam tak berapa nak ok jek.dengan bersubangnye...selekehnye...weee...berdebar² i jalan kat belakang diorang tu.

sekali sorang tu toleh belakang.erkkk...gelabah giler!tengok semacam jek.siap tegur² lagi.."nak pegi mane...?" "study eh...?" "nak temankan boley...?" "comel la akak ni...." " sombong la dia ni..." waaaaaaa!takutnye...huhuhu...dan² tu jugak rasa nak nangis dan patah balik rumah.

sangat takut ok.walaupun bukan kat tempat sunyi.silap² kena raba kat situ.mampus!huhuhu...kena rompak ke...orang² yang dalam kereta kat jalan tu belum tentu lagi nak tolong kan.huhuhu...sangat takut la.esok nak bawak kereta pegi keje boleh?terus parking sampai depan opis.

Tuesday, January 11, 2011

kongsi kongsi

i nak tanya sikit la.pada u ols especially yang bujang2 tu kan.selalunya kalau malam2 hari,lepas u ols balik dari kerja,apa yang u ols buat?hmmm...cuba kongsi2 sikit...nak tau jugak apa aktiviti u ols tu kan.

seronoknye bila impian itu tercapai

tengah dok lepak2 ni tiba2 i teringat kisah masa mengikuti kursus BTN lebih kurang 2 tahun yang lalu.teringat pada 1 sesi di mana fasilitator kumpulan i tu bertanya azam setiap orang di dalam kumpulan i tu.walaupon masa tu bukan la awal tahun pon.(azam tak perlu tunggu nak masuk tahun baru je kot)

azam i masa tu ada 2 je.nak sambung belajar ngan nak dapatkan lesen kereta.hehehe...orang lain masa sekolah ataupon abes sekolah dah boleh dapat lesen.ok,family i tak la sesenang itu.ayah suruh i usaha dapatkan lesen tu dengan duit sendiri.tu pasal la lambat dapat lesen.huhuhu...

dan awal tahun lepas,i berjaya dapatkan lesen 'P' i.hehehe...berjaya jugak akhirnye.dan penghujung tahun lalu juga i berjaya dapat tawaran sambung belajar.huh!1 pencapaian yang membanggakan.hmmm...mungkin orang lain tak heran pon.tapi i bangga dengan pencapaian i tu.walaupon lewat.berjaya jugak i laksanakan azam i tu.

untuk azam seterusnya.masih belum terfikir lagi.

Sunday, January 9, 2011

keputusan AJL 25

persembahan terbaik:
Faizal Tahir
Hanyut

vokal terbaik:
Hafiz
Noktah Cinta

tempat pertama:
Ana Rafali
Tolong Ingatkan Aku

tempat ke-2:
Meet Uncle Hussein 7 Black
Drama king

tempat ke-3:
Hafiz
Noktah Cinta

tahniah kepada para pemenang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...