Tuesday, March 22, 2011

fungsi seorang kawan

fungsi seorang kawan kepada kita:

sebagai peneman diri...
takde la orang kata kita ni kera sumbang...ye tak?

sebagai pendengar....
kaunter aduan bagi segala masalah kita
juga
mendengar segala kegembiraan kita

sebagai penyandar...
tempat letak kepala kita di saat keletihan

sebagai penyokong...
menahan kita dari jatuh tersungkur

sebagai panduan...
kompas untuk mengelakkan kita dari terus tersesat

sebagai tukang tegur...
membebel di saat kita melakukan kesilapan

sebagai tempat berkongsi segala rasa...

tapi kadang-kadang...ada juga yang menggunakan status 'kawan' itu sebagai alat untuk dipergunakan.memandang 'kawan' tersebut hanya di saat memerlukan.menggunakan 'kawan' tersebut hanya untuk kepentingan sendiri.bila senang...'kawan' tersebut dibiarkan terkontang kanting.'kawan' tersebut hanya di cari di saat susah....kesian 'kawan' tu kan?

setiap orang ada kelebihan dan kekurang masing-masing.belajarlah untuk menerima kelebihan dan kekurangan tersebut kerana masing-masing mempunyai perasaan.

Tuesday, March 15, 2011

peralihan kuasa...merenyahkan!

bos lame dah pencen...masa takde tu sebok menunggu kehadiran bos baru....bila dah sampai ni...mula la menyesal tak sudah...hahahaha...hambek kau!rasakan.... :p

berlaku peralihan kuasa dan corak pemerintahan yang sangat berbeza.letih mak!segala-galanya nak ditukar.semuanyanya nak di print out.heh!opis lama kamu tu tak amalkan perbelanjaan berhemah ke?sekarang semua pakai email je...semua masuk sistem,tak main dah print² ni.mengabiskan kertas je lah!

menukarkan cara bekerja kepada sesuatu yang lebih teratur tu memang la baik.tapi jangan tukar segala-galanya sekaligus.tak leh terima kepala otak i ni lah!mana satu ntah nak dibuat.belum habis satu kerja dah suruh buat yang lain.hey!i ada dua kaki dan dua tangan je tau!huhuhuhu...kesian la sikit... :(

Thursday, March 10, 2011

saman....sudah bayar kah?

hari ni hari terakhir untuk orang ramai menjelaskan saman trafik mereka.u ols macam mana?dah bayar ke belum?tengok dalam berita tadi berpusu-pusu manusia kat balai trafik nak menyelesaikan saman yang tak berbayar tu.hmmmm...kenapa nak tunggu saat akhir baru sibuk nak membayar?

setelah dibincangkan permasalahan ini bersama S (bukan nama sebenar) kesimpulan yang dapat disimpulkan di sini adalah:
  • belum ada duit nak bayar saman ~ bukan semua orang bernasib baik dari segi kewangan
  • duit yang ada digunakan untuk tujuan yang lebih mustahak ~ masa berduit tu ramai pulak yang mengendeng...macam tau-tau jek....
  • perasan baik...konon-konon tak pernah buat kesalahan trafik ~ anda pasti?
  • surat saman tak pernah sampai ke rumah jadi diandaikan sebagai tiada saman  ~ salah siape tu...?
  • memang tak nak bayar sebab bukan sendiri yang buat salah ~ lain kali jangan bagi pinjam kenderaan sendiri pada mat rempit atau kaki rembat atau orang yang memang suka langgar peraturan
 ok...itu je la yang dapat disimpulkan dan tersimpul.kalau rasa tak nak bayar,jangan buat salah.buat apa membazirkan duit untuk bayar saman...rugi jek.baik duit tu dibelanjakan ke arah lain.bawak-bawak banyakkan sabar bila berada di atas jalan raya.kalau semua memandu secara berhemah,takde la yang kena saman kan?

cr: peringatan untuk diri sendir sebab sangat tidak sabar di jalan raya.haish!bila la nak berubah ni...?

mengharapkan orang hormat kita...tapi kita....?

bila kita berurusan dengan orang,pastinya kita mengharapkan penghormatan dan penerimaan yang baik².betul tak?penghormatan di sini bukan la bermaksud sampai kita perlu terlalu taksub dengan orang tersebut.tapi,biar la berpada².cara kita berkomunikasi dengan orang tersebut,biarlah dengan cara yang sopan.baru la orang boleh bersopan dan hormat juga pada kita.

i menyampah betul kalau kita elok² tengah cakap...nak menerangkan cerita yang susah nak difahamkan,tiba² ada yang mencelah.tak ke KURANG AJAR namanya tu?haish!menyampah sungguh la!kot ye pon nak bercakap,bagi la peluang orang tu abiskan ayat² terakhir dia.ni pakai terjah je.pastu bila orang mencelah balik reti pulak cakap "tunggu la saya habis cakap dulu!" hek kau!reti pulak naik angin.masa ko mencelah cakap orang tu tak fikir ke orang punye angin?

belajar² sikit hormatkan orang lain kalau nak diri tu dihormati.jangan marah la bila orang lain main langgar je...sapa yang ajar?kau la yang ajarnye...rasakan la...kepimpinan melalui tauladan kan...?macam tu la...

Wednesday, March 9, 2011

mula kembali

setelah lama bercuti dari menulis...
selepas mendapat sedikit ketenangan...
akan kembali menulis...
masa untuk ber'huha' telah tiba...
yeeeeha!

permulaan yang baik di pagi rabu ni,rasanya mau membersihkan mana² kekotoran yang ada dulu.heheheeh....kemudian mau melawat kengkawan.dah lama tak menjenguk mereka²...kerinduan...huhuhuu...selesai semua urusan, akan diteruskan dengan acara merapu meraban di sini...hehehe...tunggguuuu!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...