Friday, March 25, 2011

berhenti!patah balik dan mulakan kembali....

bila buat salah....berhenti dari meneruskan kesalahan itu, patah balik dan mulakan kembali segalanya dengan cara yang betul.elakkan kesilapan yang sama.perbaiki kesilapan tersebut.

cubaan untuk membetulkan kesilapan tak semudah manusia di sekeliling berkata-kata.tak kena kat batang hidung sendiri kan...boleh la cakap.kalau kena, rasa la pulak.betapa payahnya untuk berhenti dan berpatah balik.


Thursday, March 24, 2011

malu bertanya sesat jalan tapi sesat itu satu pengalaman

orang kata
"malu bertanya sesat jalan"
betul la tu...sapa suruh tak tanya kan?
kan dah...tak pasal-pasal sesat barat....

tapi
i suka kalau sesat barat pon....hehehehe....
kenapa?
sebab kesesatan itu memberikan i pengajaran dan pengalaman...
nak-nak kalau kat KL ni kan.
sesat tu satu perkara yang menyeronokkan
boleh tau banyak jalan lain...
takde la asyek dengan jalan yang sama je hari-hari kan?
boleh tau banyak jalan pintas..."short cut" kata orang puteh...

tak la nanti orang kata dah bertahun duduk KL nak pegi KLCC pon tak tau...
erkkk...perlu ke?
jem kot...dah la parking mahal...huhuhu...
naik LRT sudah!
nak sesat pon biar kat tempat lain...hahahaha...

marah...marah...marah....

apa u ols semua akan buat kalau rasa marah?

kalau i....duduk je diam-diam....tiba-tiba jadi bisu kan...hilang selera nak bercakap.huh!menyampah!nak-nak kalau orang yang buat i marah tu ada depan mata....heeeee.....menyirap-nyirap rasa.minum air sirap pon belum tentu nyaman rasanya.huhuhuhu....

macam-macam cara boleh dilakukan untuk lepaskan kemarahan.ada yang pegi amek air semayang...ada yang main pukul belasah je....sakit dowh!ada yang lepas jerit je...sampai nak terkeluar anak tekak tu...hish...giler dasyat!ada yang menangis...perempuan la selalunye tu.kikikiki...ada yang baling-baling barang....hahahaha...dulu i macam ni...habis jahanam harta pusaka benda.menyesal padan muka i...hahahaha....

bila usia semakin bertambah ni.perasaan nak melempar barang tu dah kurang....ada jugak rasa nak melempar tu.tapi sebelum lempar tu kena fikir dalam-dalam dulu...hahaha...kalau tak nanti menyesal padan muka...jadi sebagai penyelesaiannya, i duduk je diam-diam membisukan diri.lantak kau la nak cakap ape pon.pegi la cakap sorang-sorang.mampos tak layan! :p

tak sehat....huhuhu

start balik keje petang semalam tekak dah rasa perit,kepala pon dah mula berdenyut-denyut.oh tidak....jangan la dilanda masalah kesihatan.mak jauh...sapa nak jaga kalau i sakit nanti...?huhuhuhu...(ayat mintak simpati...blah la...ada ke orang nak kesian?wekkkk!)

selera makan pon dah mula mengada-ngada.rasa macam nak makan twister kfc tu.sekali pegi dah takde la pulak.haish!dah ganti ngan pocket.ok...tekak tak boleh menerima pocket.jadi beli cheezy wedges je la.sangat mengada ok....balik rumah makan sikit je.huh!membazir je.

tidur pon dah mula terganggu.kejap-kejap terjaga.huhuhu...tekak pon dah makin perit.huhuhu...(lagi) kalau ikutkan rasa hati yang mengada ni, malas nak pegi keje...tapi ikutkan hati yang masih waras ni rasa macam rugi pulak kalau tak pegi keje...jadi keputusannye, sekarang i berada di pejabat.bagus kan? (sangat perasan ok)

harap-harap mampu bertahan sampai ke petang.kepala dah rasa makin berat ni.bertahan lah cik riza!

cr: masa sakit perasaan untuk merapu sangat lah membuak-buak...

Tuesday, March 22, 2011

fungsi seorang kawan

fungsi seorang kawan kepada kita:

sebagai peneman diri...
takde la orang kata kita ni kera sumbang...ye tak?

sebagai pendengar....
kaunter aduan bagi segala masalah kita
juga
mendengar segala kegembiraan kita

sebagai penyandar...
tempat letak kepala kita di saat keletihan

sebagai penyokong...
menahan kita dari jatuh tersungkur

sebagai panduan...
kompas untuk mengelakkan kita dari terus tersesat

sebagai tukang tegur...
membebel di saat kita melakukan kesilapan

sebagai tempat berkongsi segala rasa...

tapi kadang-kadang...ada juga yang menggunakan status 'kawan' itu sebagai alat untuk dipergunakan.memandang 'kawan' tersebut hanya di saat memerlukan.menggunakan 'kawan' tersebut hanya untuk kepentingan sendiri.bila senang...'kawan' tersebut dibiarkan terkontang kanting.'kawan' tersebut hanya di cari di saat susah....kesian 'kawan' tu kan?

setiap orang ada kelebihan dan kekurang masing-masing.belajarlah untuk menerima kelebihan dan kekurangan tersebut kerana masing-masing mempunyai perasaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...