Sunday, January 9, 2011

keputusan AJL 25

persembahan terbaik:
Faizal Tahir
Hanyut

vokal terbaik:
Hafiz
Noktah Cinta

tempat pertama:
Ana Rafali
Tolong Ingatkan Aku

tempat ke-2:
Meet Uncle Hussein 7 Black
Drama king

tempat ke-3:
Hafiz
Noktah Cinta

tahniah kepada para pemenang

mengata dulang paku serpih

membaca status kawan2 di fb mengenai AJL ke 25 kali ni.hmmm...macam2 komen.ada yang suka ada yang tak suka.terpulang la,pilihan dan citarasa masing2 kan.

tertarik dengan 1 status mengenai FT.status itu mendapat komen dari temannya yang tidak menyukai tindakan FT di atas pentas semasa mempersembahkan lagu selamat malam.katanya FT sesuka hati memegang perut bini orang,memeluk bini orang.i cuma tersenyum membaca komen2 tersebut.

tidakkah dia sedar perkara itu juga terjadi kepada dirinya?hanya kerana kamu bukan artis,maka tiada siapa yang ambil peduli untuk memperkatakannya.hmmm...fikir2kan lah.memang tiada manusia yang sempurna,tapi sebelum menilai orang lain,sila teliti diri sendiri dulu.

rindu rinduan

rindu siapa?hehehe...i la,rindu u ols semua.dah lama sangat tak menjenguk ke dunia blog ni.hmmm...banyak sangat tanggungjawab yang perlu diselesaikan.blog ni sekadar aktiviti sampingan.jadi terpaksa la i melupaka dia seketika.tapi sekarang i dah kembali!hehehe...

hari minggu ni u ols buat apa?i lepak kat rumah je.malas nak keluar sebab semalam dah seharian di luar rumah.penat!hari ni mau lepak2 dan menyelesaikan urusan2 di rumah la pulak kan.malam ni jom pakat ramai2 layan AJL.

Monday, January 3, 2011

selamat datang 2011

selamat tahun baru!tahun arnab kalau ikut kalendar cina.kalendar lain i tak tau.huhuhu...selalunya kalau awal² tahun macam ni,semua orang cerita pasal azam.dah tercapai ke azam 2010 u ols?i punya ada yang dah tercapai,ada yang baru separuh jalan,ada jugak yang tak tercapai langsung.aduh...

bagi yang dah tercapai tu,Alhamdulillah la kan.dah boleh mula azam baru.bagi yang separuh jalan dan belum tercapai tu,harus la diteruskan.takkan la nak berhenti setengah jalan pulak kan?alang² dah berazam tu,usahakan la sampai berjaya.betul tak?

azam i tahu ni cuma nak selesaikan mana² yang belum selesai tu je.kalau dah selesai nanti baru boleh fikir azam baru.sebenarnya azam tu tak payah nak tunggu tahun baru kot.bila² pun boleh.yang penting semangat nak mencapai azam tu.

apa² pon,selamat tahun baru 2011 untuk u ols semua.semoga tahun baru ni memberikan kegembiraan dan kejayaan kepada kita semua.

monday blues melanda

isnin datang lagi!dan hari ni mood tak berapa nak bersemangat.huhuhu...kepanatan semalam belum hilang lagi.puas berjalan seharian bagi sesi menghabiskan duit.yehaaa!

sesi pendaftaran telah selesai.kini masa untuk menyediakan mental dan fizikal menghadapi sesi pembelajaran.terpaksa mengurangkan sesi berseronok².huhuhu....

ok lah,mau jalan² dulu.dah berapa hari i tinggalkan blog ni.kejap lagi baru update cerita ye.nak mengemas² dulu.daaaa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...